5 Cara Menghindari Dosa Lidah

 

 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 
 
Alhamdulillah syukur kerana kita dianugerahkan kesihatan tubuh badan yang baik. Ia nikmat yang tidak ada tolok bandingnya.
 
Lidah yang sihat juga merupakan nikmat yang wajib kita syukuri. Cuba bayangkan jika lidah kita tidak sihat bagaimana hendak kita makan dan bercakap.
 
Tatkala lidah kita masih sihat, baik kita menjaganya dengan baik agar terhindar dari dosa.
 
Hari ini saya ingin berkongsi 5 Cara Menghindari Dosa Lidah. Semoga ia bermanfaat untuk saya dan anda juga.

5 Cara Menghindari Dosa Lidah


 

 

5 Cara Menghindari Dosa Lidah


Berikut, saya senaraikan 5 Cara Menghindari Dosa Lidah untuk tatapan bersama:
 

#1. Bercakap perkara yang perlu

 
Kita perlu menilai terlebih dahulu sebelum kata-kata yang ingin kita lontarkan kepada orang lain.
 
Kata-kata remeh yang boleh menyinggung perasaan orang lain boleh membawa kepada pergaduhan.
 

#2. Berbicara tentang hal yang berkaitan sahaja

 
Elakkan bertanya urusan orang lain yang tiada kaitan dengan diri sendiri dan agama.
 
Umpamanya, bertanyakan suami tentang orang lain yang baru kahwin lagi satu.
 

#3. Wujudkan suasana saling mempercayai

 
Seharusnya kita berbaik sangka dengan orang yang rapat dengan kita. Sikap yang suka tuduh-menuduh boleh menjadi punca menyebabkan orang lain tidak selesa dengan kita.
 

#4. Gunakan kata-kata yang lemah-lembut

 
Ucapan yang menggunakan perkataan yang baik adalah tanda kita menghormati orang lain.
 
Misalnya, suami yang mungkin terbeban dengan kerja di pejabat sedikit sebanyak berasa tenang apabila berbicara dengan isteri yang berbicara dengan lembut.
 

#5. Elakkan menghina atau mengejek

 
Apabila berlaku krisis komunikasi antara kita dengan pasangan kita, elakkan menghina atau mengejek.
 
Terlebih dahulu berbincang dengan baik dan bertanya apakah punca sebenar berlakunya masalah yang dihadapi.

Leave a comment